Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2010, (terutama Azmi Naquib - ASIS dan Azmi Haqqim - MCKK)
Dalam penulisan karangan, keindahan frasa / gaya bahasa wajar diberikan penekanan. Frasa-frasa berikut dapat membantu anda menghasilkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Selamat mencuba.
…sering meniti dari bibir ke bibir..
…senario ini semakin hangat diperkatakan…
…seperti cendawan tumbuh selepas hujan…
…bagaikan rebung yang masih boleh dilentur…
...terlintas dalam minda...
...menjadi paparan utama media massa...
...bagai mencurah air ke daun keladi...
...yang menjadi persoalan kita ialah...
...kepincangan ini akan membantutkan perkembangan negara...
...bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelombang...
...umpama duri dalam daging...
...merupakan aset negara dan bukan liabiliti negara...
...usaha murni ini masih belum sampai ke titik akhirnya...
...kanak-kanak dijadikan sebagai `beg peninju’...
...cubalah kita renungkan sejenak...
...seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing...
...pelbagai langkah efektif dan drastik perlu diambil...
...anak merupakan anugerah Allah dan aset yang paling berharga kepada ibu bapa...
...menanam nilai kesedaran yang tinggi dalam sanubari mereka...
...masalah yang semakin parah dan kronik...
...menjalani liku-liku hidup yang penuh ranjau dan cabaran...
...melahirkan generasi yang dinamik, berketerampilan dan inovatif...
...sebagai pendukung Wawasan 2020...
...masalah yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat...
...rencah yang terbaik untuk mengatasi kegagalan ini ialah...
...pengetahuan dan amalan agama merupakan benteng dan pedoman...
...mendidik anak dengan penuh hikmah...
...seperti menatang minyak yang penuh...
...menuding jari menyalahkan...
...sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan...
...semakin menghampiri ambang 2020...
...melahirkan masyarakat yang proaktif, kreatif dan inovatif...
...mengalami anjakan paradigma...
...masyarakat hari ini menjunjung nilai kebendaan dan menginjak kasih sayang...
...faktor perdana...
...masyarakat tidak lagi mementingkan kasih sayang sebaliknya taksub mengejar kebendaaan...
...pegangan terhadap nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni yang rapuh...
...bukanlah masa untuk menopang dagu dan menuding jari...
...trend masyarakat moden untuk mencari modal material dan menikmati kehidupan yang lebih selesa...
...pegangan agama dan nilai-nilai murni yang goyah...
…api hanya memusnahkan sebuah bangunan, tetapi masalah ini dapat memusnahkan tamadun manusia sejagat…
…manusia yang hilang kepercayaan agama dan nilai-nilai murni dapat diibaratkan seperti kapal yang kehilangan nakhoda…
…komitmen dan kerjasama yang jitu amat diperlukan agar masalah yang diibaratkan sebagai duri dalam daging dapat dibendung...
…tiada penyakit yang tiada penawarnya, tiada masalah yang tiada penyelesaiannya…
…oleh itu, masyarakat Malaysia perlu sedar dan akur bahawa kita wajar berpegang pada semangat jati diri agar berupaya membentuk nilai bangsa yang sejati…
…yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan…
...sebagai sebuah negara yang telah lebih setengah abad merdeka, kita sepatutnya mempunyai jati diri yang amat kuat dan teguh...
...bertitik tolak dari sinilah...
...oleh itu, pelbagai langkah drastik dan efektif perlu direncanakan dan dilaksanakan...
...tidak memilih jalan yang salah dalam mengharungi liku-liku kehidupan duniawi ini...
...janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..
...kini sungai telah diragut keindahannya...
...kita perlu bertindak dan bukannya menopang dagu sambil mengeluh atau menuding jari ke arah orang lain...
...kebanjiran maklumat yang bersifat negatif dapat menjejaskan keharmonian dan keamanan negara...
...sekarang bukan masa untuk kita menuding jari, menopang dagu, dan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi agenda kita sekarang ialah bertindak...
...tiada kusut yang tidak dapat dileraikan dan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan...
...remaja yang terabai ibarat perahu yang patah pendayung di tengah lautan, kerana senang diperdaya akibat tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas...
...ilmu keibubapaan merupakan wadah terbaik untuk merawat penyakit sosial ini...
...menjadikan rumah sebagai syurga yang penuh kedamaian dan keindahan...
alam sekitar ialah wajah kita sebenarnya. Alam sekitar ialah imej diri kita sendiri. Sekiranya kita inginkan wajah yang cantik, kita perlu menghias diri kita. Begitu jugalah dengan alam sekitar; alam yang cantik akan menjadi penarik kepada pelancong luar...
Frasa boleh diubahsuai /disesuaikan dengan topik penulisan.
Saturday, March 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment